بسم الله الرحمن الرحيم
Sememangnya Al Quran menjadi panduan hidup semua umat manusia yang beriman atau tidak. Ianya bersifat 'rahmatan lil 'alamiin'(rahmat bg seluruh alam). Ajarannya akan memandu manusia melakukan kebaikan sehingga menjadi mereka benar-benar baik dan menjadikan kehidupan di muka bumi tersusun rapi berperaturan. Tetapi tidak menafikan akan ada manusia yang masih melakukan kejahatan, maka Al Quran juga berperanan menghalang mereka ini dari terus merosakkan diri mereka dan masyarakat sekeliling daripada kebinasaan. Sebab itu kita dapati ada ayat-ayat mendorong manusia melakukan kebaikan dengan lafaz memujuk, menyaran dan menggalak dengan pelbagai gaya bahasa dan ditambah dengan pelbagai bentuk ganjaran-ganjaran yang amat lumayan. Sebaliknya pelaku kejahatan pula dijanjikan dengan pelbagai ancaman disertakan hukuman-hukuman amat berat semenjak di dunia lagi apatah lagi balasan di akhirat.
Justeru itu marilah kita sama-sama membaca dan menghayati petunjuk Ilahi ini serta sedaya upaya mengamalkannya samada secocok atau tidak dengan keinginan nafsu manusia yang bersifat 'ammarah lissu'(mengarah kepada kejahatan). Bagi pembaca yang telah sedia beramal maka gandakan amalan tersebut dan kepada mereka yang masih di rantaian keburukan, ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha Pemberi Peluang kepada kita untuk kembali ke pangkal jalan. Ingatkan semula kisah-kisah teladan pembunuh,penzina dan lain-lain juga masih di ampunkan oleh Allah dan layak mendapat syurganya di akhirat nanti. Dan peringatan dari kami, JANGAN SESEKALI kita melakukan dosa yang tidak akan terampun oleh-Nya iaitu SYIRIK.
Di sini kami di Masar Enterprise ingin menyumbang sedikit sumbangan kepada masyarakat yang ingin mengubah diri mereka. Kami cuba sedaya upaya ingin memenuhi impian masyarakat pencari kebaikan dengan isi kandungan yang terbaik di samping sedikit hidangan mata dengan penampilan reka bentuk dan warna mengikut perubahan masa. Kenalilah naskhah-naskhah Al Quran kami di kedai-kedai buku berdekatan atau membeli melalui laman sesawang kami ini dan milikilah jika ianya dapat memenuhi kehendak anda. Jutaan terima kasih kepada anda yang sudah menjadi pelanggan kami. Sokongan anda menjadi sumber inspirasi kami untuk terus menghasilkan bahan-bahan berkualiti yang akan dimiliki oleh orang lain dan saham anda memajukan kami akan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak insyaAllah.


